Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) mendapati ada pihak
tidak
bertanggungjawab yang menggunakan nama MITRA/ Ketua Pengarah MITRA ataupun
sesiapa sahaja untuk membantu dalam memperoleh permohonan Geran Kewangan MITRA.
MITRA ingin memaklumkan bahawa semua permohonan hanya melalui Sistem Permohonan
Geran Kewangan MITRA (SPGKM).
MITRA TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak untuk membantu dalam
permohonan Geran Kewangan MITRA.
Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk berhati-hati sekiranya menerima surat
ataupun mendapat panggilan yang mendakwa bahawa mereka boleh mendapatkan geran
kewangan MITRA bagi pihak Organisasi.
Untuk makluman juga, Permohonan Geran Kewangan MITRA dibuka pada 13 Mac 2023,
Isnin jam 2.30 petang dan akan ditutup pada 28 Mei 2023, Ahad jam 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada MITRA infomitra@jpm.gov.my atau
hubungi di talian 03-8886 6221.